ado ore keleh

Thursday 28 November 2013

Sapo hok trtnya2 tu dpersilakn baca.. Tp raso2nyo payoh ado ore hok suko baco pasal2 ni.

. Skdar kongsi.. Wallahuallam..kenapa orang kafir yang sememangnya tidak beriman kepada Allah swt
dilimpahi kekayaan , kemewahan , ada orang islam mungkin sahabat , mahupun saudara marakita yang tak pernah solat , kehidupan bergelumang dengan dosa , berjudi ,kaki perempuan , tapi rezeki Allah swt bagi hidup mewah. sedangkan kita patuh kepada Allah swt ,berusaha , tetapi hidup kita tetap susah dipenuhi dengan ujian dan dugaan Allah swt ..Inilah yang ingin saya kongsikan untuk entri kali ini . persoalan ini jugalah pernah bermain diminda saya beberapa tahun yang lepas dan akhirnya
saya menemui jawapannya apabila pernah mendengar ceramah ustaz ismail kamus
mengenai persoalan ini, dan juga pernah bertanya kepada seorang ustaz mengenai persoalan ini ..

Seperti yang kita tahu, ilmu itu merupakan cahaya, dan ianya tidak akan memasuki hati-
hati yang gelap. tetapi kita lihat, kawan kita yang berjudi, yang minum arak, boleh berjaya pula,
sedangkan kita terkial-kial walaupun sudah berusaha. Kita tahu bahawa, siapa yang berbuat baik, taat kepada ALLAH akan dipermudahkan jalan kehidupannya, tetapi kita lihat, kawan kita
ini tidak solat, tetapi bisnesnya menjadi, kita pula hidup dengan penuh cabaran dan dugaan.
Kita juga tahu bahawa, ISLAM ini agama yang benar, tetapi kita sering melihat orang-orang yang
bukan ISLAM itu lebih berjaya, dan ummat ISLAM tertindas dalam kehidupan sempit lagi
derita.Orang bertanya kepada saya. Kenapa begitu? Sekarang ini, yang manakah benar?
Adakah kita faham selama ini tidak benar?Maka saya hendak bertanya kepada anda.

Adakah anda tahu apa itu istidraj?
Istidraj ini adalah satu kalimah, yang sering menunjuk kepada keadaan seseorang itu yang
terus dilimpahkan rezeki dan kejayaan yang melimpah ruah dalam kehidupannya, walaupun
dia bukan hamba ALLAH yang taat, malah seorang pembuat maksiat yang tegar. Kenapa
mereka ini dinamakan manusia yang mendapat istidraj? Apakakah maksud istidraj?
Istidraj adalah, apabila ALLAH memberikan kejayaan, harta kekayaan, rezeki yang
melimpah ruah untuk manusia itu menjadi lebih jauh dariNya.
Biasanya, manusia yang mendapat istidraj ini adalah mereka yang tidak berusaha
menjalankan ISLAM dalam kehidupan, juga tidak berusaha mengenali ALLAH SWT.

Contoh manusia yang mendapat istidraj ini banyak. Saya bagi contoh yang paling mudah. Salah seorang darinya adalah Qarun. Apakah anda kenal kepada Qarun? Dia ini adalah seorang manusiayang teramat kaya. Diriwayatkan bahawa, kotak yang mengisi kunci kepada gedung-gedung perbendaharaannya tidak
mampu diangkat oleh orang-orang yang kuat. Hal ini hendak menyatakan betapa kayanya dia.
Kisah Qarun terdapat di dalam Al-Quran. Hartanya melimpah ruah. Segala perniagaannya
menjadi. Segala pelaburannya mengembang.Hartanya makin hari makin bertambah, sedang
yang bertambah semalam tidak pula luak digunakan. Tetapi bila Nabi Musa cuba
mengingatkannya berkenaan semua kekayaannya itu datang daripada ALLAH, maka
Qarun dengan angkuh menjawab,“ Tidak, semua ini adalah hasil dari ilmuku”
Lihat. Lihat apa kata Qarun. Tidak, semua ini adalah hasil dari… ILMUKU. Dia nyata semakin
jauh dari ALLAH, walaupun kekayaannya
menjadi, rezekinya melimpah ruah dansebagainya. Dia saban waktu memperlekehkan
pengikut-pengikut nabi Musa yang terdiri dari orang miskin dan hamba.
Apakah pengakhiran Qarun? Dia akhirnya ditenggelamkan ALLAH ke dalam bumi dengan
seluruh hartanya. Kisah ini terdapat di dalam Al-Quran.
Nah… Apakah itu yang kita mahu?Sebab itulah, saya hendak mengajak saudara-
saudari berfikir, apakah yang akan timbul di dalam hati kalian apabila kalian ini jenis yang
melazimi dosa-dosa, melakukan maksiat,kemudian kalian berjaya di dalam peperiksaan
atau perniagaan. Apakah yang agaknya akan timbul dalam jiwa kalian?
Saya yakin, 99% akan merasa begini, “ Tengok, aku tak solat pun berjaya. Siapa kata solat tu
bawa kejayaan?”
Apakah yang akan terjadi kepada anda ketika
itu? Anda berjaya, tetapi anda langsung lupa
bahawa yang memberi kejayaan adalah Allah
SWT , dan ini buktinya ada semakin jauh dari
ALLAH. Itulah istidraj.
Maka jangan gusar bila tidak berjaya. Cuba lagi.
Hubungan keimanan anda dengan ALLAH itulah
yang pertama sekali perlu anda perhatikan. Jika
anda berjaya membina hubungan keimanan yang
baik, insyaALLAH, datanglah badai apa sekalipun,
anda akan mampu melaluinya.
Sebenarnya ALLAH suka menguji hamba-
hambaNya yang beriman. Terdapat satu kisah
yang saya suka baca ketika saya masih kecil.
Terdapat dua orang nelayan. Seorang
penyembah berhala, dan seorang lagi muslim
yang taat kepada ALLAH. Ketika menebar jala,
yang menyembah berhala menyebut nama
berhalanya, manakala yang muslim membaca
bismillah. Bila jala diangkat, yang menyembah
berhala mendapat banyak ikan, manakala yang
muslim, hampir sahaja tiada ikan untuknya pada
hari itu.
Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya
kepada ALLAH.
“ Ya ALLAH, apakah yang telah berlaku?
HambaMu yang menyekutukanMu, KAU berikan
dia rezeki yang banyak, sedangkan hambaMu
yang menyebut namaMu, KAU tidak
memberikan DIA apa-apa”
ALLAH menjawab,
“ Yang menyekutukanKu, tempatnya memang
sudah pasti NERAKA. Maka apalah sangat
rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan
kepadaNya? Tetapi HambaKu yang beriman itu,
AKU hendak mengganjarkanNya syurga, maka
AKU suka mengujinya untuk melihat kebenaran
imanNya”
Nah, jangan anda kecewa bila diuji, tidak
berjaya di dalam peperiksaan walau sudah
study ? gagal dalam perniagaan walau hebat
menyusun strategi. Itu semua adalah sebahagian
dari ujian ALLAH. ALLAH menguji hanya untuk
mereka yang dikasihi. Bukankah ALLAH SWT
ada berfirman,
“ Apakah kamu mengira KAMI akan
membiarkan kamu berkata kami beriman
sedangkan kamu belum diuji?…”
Jika gagal terhadap satu-satu perkara, itu perkara
itu. Anda masih belum gagal dalam kehidupan.
Teruskan usaha, selagi nyawa masih ada.
InsyaALLAH ALLAH akan memberikan sesuatu
yang bermakna kepada anda. Bersangka baiklah
kita kepada PENCIPTA kita.
Maka sebenarnya, bila hidup kita digegarkan
dengan masalah, hendaklah kita rasa bersyukur.
Tandanya, ALLAH masih lagi dekat dengan kita.
Ujian adalah tanda kasih sayang dan
perhatianNya kepada kita.
Mustahil anda suka senang sebentar di dunia, di
akhirat yang kekal abadi nanti anda merana.
Anda mahukan istidraj?
Saya yakin tidak..
Anda tenang sekarang?
Anda wajib untuk tidak berasa tenang jika anda
berbuat dosa, dan anda berjaya. Sebab itulah,
muhasabah diri itu penting. Untuk kita sentiasa
periksa bagaimanakah hubungan kita dengan
ALLAH SWT.

No comments:

Post a Comment